Program MADANI Rakyat Negeri Perak 2026
4 April 2026 | Aktiviti TerkiniTelah berlansung Program MADANI Rakyat Negeri Perak 2026 pada minggu yg lalu selama 3 hari. Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) juga terlibat dalam membuka reruai/booth semasa program berlansung.
Khemah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), MCMC di PMR 2026 Perak menawarkan pelbagai pengisian menarik untuk pengunjung.Antaranya termasuk pendaftaran keahlian NADI, pertandingan e-Sukan, DILEA Tuisyen Rakyat, Mahir Baiki Gajet, bimbingan robotik dan koding, jualan usahawan NADI, saringan kesihatan percuma, kempen Internet Selamat serta banyak lagi.
Semuanya dihimpunkan di satu lokasi, sesuai untuk semua peringkat umur menikmati manfaat yang disediakan. Petugas NADI Perak di setiap daerah juga turut turun terlibat sama dalam menjayakan program ini dengan menjadi urus setia di reruai/booth NADI bagi melancarkan aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlansung.
Terima kasih kepada pengunjung yang datang memeriahkan program dan reruai/booth NADI. Sambutan amatlah menggalakkan dan meriah sepanjang program berlansung dengan kehadiran pengunjung yang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: